Sunday, October 24, 2010

suatu petang

Once upon a time, in an evening the eye of heaven shines....still shine...in his gold complexion dimm'd...i was ready to go for a walk with my father and sister...and I was on cloud nine at that time because it was a beautiful evening indeed....

Huhu,penat sungguh menaip dalam omputih nih.x berapa terror la katakan.cik nani sambung dalam bahasa melayu sudah la.hal ini demikian kerana kita mestilah memartabatkan penggunaan bahasa Melayu...

bak lagu yang selalu dimainkan di televisyen itu...

"Gunakanlah bahasa kebangsaan kita,

marilah amalkan sama-sama"

sungguh bertenaga cik nani petang ini...

haaaaa….tadi cik nani bersama ayah dan adik pergi berjogging….kami berjogging kat pengkalan asam(denai larian) pusing satu round juga la.huh.habis semua peluh keluar..so terasa sihatlah badan ini…rasa ringan ja.kenapa?sebab tadi dah jalan berjogging hampir 3 KM..waktu smpai kat pit stop tu ada la satu sign board ni tulis “tahniah, anda telah berjalan sejauh 3 KM bersamaan dengan 3600 langkah…dan telah berjaya membakar sebanyak 150 kalori”….begitulah katanya….hurm…dah habis tu cik ayah Tanya nak pergi mana pulak….cik nani dgn lajunya kata jom la kita pi Kuala Perlis…yang kat tepi lumpur pantai tu….so kami bertiga pun naik la kereta…eh, lupa pulak nk cerita, hari ini mak kita tak ikut….dia balik rumah tok tadi….berbalik kepada cerita,

hurm…dalam perjalanan tu ada juga la nampak orang duk pancing ikan…mungkin musim memancing kut…rata-rata memancing…ikan apa yang dicari entahla...mungkin keli,haruan, puyu dan sebagainya...

sampai sudah di Kuala Perlis,pada waktu itu angin bertiup sepoi-sepoi bahasa dan kekadang disapa juga yang ganas membawa segala perasaan dan fikiran berserabut yang bersarang, sungguh tenang sekali rasa hati kecil ini seperti tiada masalah berlubuk..

kembali ke alam nyata(tempat masih lagi tepi laut kuala perlis)...bermulalah adegan-adegan mengambil gambar…model tidak la secantik dan sepanas di kaca televisyen cukuplah setakat atas bawah sikit pada pelakon tanah air tu…nama tidak dapat dikenal pasti….cukup hebat sekali jurukamera ini merakam memori indah...semoga memori tersebut kekal diingatan dan membawa jauh masalah lain...

cukuplah disini...





No comments:

Post a Comment